Saturday, March 27, 2010

GURINDAM GURU SEJATI

oleh : Mas Adeki

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Sunday, March 21, 2010

MUNTAH!!!!

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Thursday, March 18, 2010

The 'PERBARISAN' memories..



PEACE FOR ALL...

UWARGHHHH!!!!
Finally, I successfully completed the 5th week journal for my practicum...Journal dis week about "SIKAP PELAJAR PADA HARI PERTANDINGAN"...kinds of things happen mase hari pertandingan perbarisan MSSD peringkat daerah JOHOR BAHRU aritu..bus came late, heavy rain, kna sound ngan pengelola pertandingan (siap ada one of my student said, "DAH LAMBAT, NAK BUAT MCM MANA".) aku mmg respek gilak la sape yg ckp tu, if i could know, siap dia aku ganyang2...hahaha



Seronok gak tgk diorg main ujan ni..But, 1 thing that impressed me, despite heavy rain, they are still in line..wa caya sama luuuu..



menang kalah belakang citer, yg pnting "KITA KALAH BERMARUAH" kn???.. huhu.. tp yg wat kami (cikgu2 yg kna jd mangsa guru pengiring diorg ni) sgt STRESS, mase blik nk tnggu bas...lama gilerrr tnggu, bas x dtg2 (adala dekat 2 jam)..
bbudak dah mula MEROYAN...pantang ada budak pompuan lalu, abes kna kacau... bikin malu aku jer (dlm hati layan jer) hahaha...






tp x kesahla cmana teruk prangai bbudak ni aritu, yg penting "KITA ENJOYYYYY"

Saturday, March 13, 2010








MAAF KERNA MELUKAKAN...

Kita selalu cuba mahu memperbaiki diri....
Kita selalu cuba tidak mahu melukakan hati orang lain....
Semakin kita berhati-hati, tanpa kita sedari, sebenarnya kita sudah pun melukakan hati orang lain yang berada di sekeliling kita.....
Tanpa sedar atau memang sedar....
Terkadang terpaksa, terkadang bergantung kepada situasi.....

Entah kenapa, tiba-tiba aku pasti aku sudah pun melukakan hati ramai orang, kerana sikap ku, DINGINKU dan kekeliruanku.....
Aku bersalah, amat aku akui.....
Maafkan kepada yang terlibat. Maafkan kerana kedaifanku....
Tidak terniat mahu melukakan sesiapa pada apa2 keadaan apa pun....
Aku cuma terlalu mementing diri....
Kerana apa pun kesudahannya, aku yang akan hadapi sendiri....

MAAF KERNA MELUKAKAN....